This is Liyana's talk

Wednesday, December 22, 2010

My vacation :D

Hello anda dan anda! Seperti yang anda tahu aku pergi Genting semalam dan balik hari ni. Satu je benda aku nak cakap.. Genting TERBAIK doee! Haha, memang best gila lahh theme park dia, aku pon boleh jadi gila. Tapi kotor sikit ahh, ada rokok ada cawan, ada tin coke. Hah, cakaplah apa benda kau nak, benda tu nanti muncul depan korang hehe. Lagi satu, kat sini banyak hot stuff hehehehhe, aku pon wow wow mana satu nak pilih HAHA. Okay okay, meh sini aku cite journey aku.....

Kitaorang bertolak lebih kurang pukul 8 pagi macam tu lahh, sampai pukul 10 pagi tapi jam sikit ah sebab yelah kan, orang nak pegi kerja, tapi sape kisah aku nak gi bercuti! hahaha :p Naik bukit-bakau tu paling aku suka! Aku bukak tingkap kasi luas punya dan aku makan angin atau lebih dikenali nganga mulut nanti angin masuk ahh. Tak main ah aircond, save the planet weh! Haha, kau kat tempat sejuk senang lah cakap :p Hah, ni gambar masa tengah sedap melayan angin :)

Dah sampai je kat lobby Hotel First World, Masyaallah! Ternganga-nganga mulut aku sampai lalat boleh beranak 10! Ramai gila orang ahh aku cakap! Pandang kanan ada orang, kiri orang jugak, bawah pon ada jugak! Hehe, bayang-bayang oranglah :p Sampai ada yang tertidur-tidur tunggu giliran nak check in. Aku takkan tidur untuk menunggu ya :p Jadi jalan terbaik ialah pergi main kat theme park dulu!

Sesiapa yang nak main ride kenalah mempunyai hati yang putih dan sabar sebabnyaaa nak beratur kena tunggu satu dua jam! Hanya untuk naik selama 3 minit -.- Haihh sedih je hidup. Tapi bila aku tunggu rasa macam sekejap je tapi sebenarnya dah 2 jam lamanya. First ride aku naik ialah Space Shot, alah benda yang naik turun tuu. Aku sarankan ya, sesiapa yang ada penyakit lemah jantung baik korang jangan naik lah, tak pasal Genting Theme Park tutup sebab satu sudah menjadi arwah. Tapi aku sangat suka naik benda tu, rasa macam dunia ni aku yang punya :D Haha, nak tahu rasa dia macam mana? Kenalah pergi cuba sendiri, kalau aku cakap pon korang tak feel. Tak syiok ahh! Second ride pulak Cork Screw Roller Coaster, yang ni aku rasa paling lama kot aku tunggu sampai boleh makan Dorayaki 2 ketul ngan satu cawan jagung. Ohh ye, lupe nak cakap, semua ride yang aku naik, aku naik ngan kakak aku. Haihh bosan betul, eceh cehh haha. Roller coaster macam biasa lah kan menjerit, melalak, woohoo woohoo, pusing-pusing. Best lahh gak, boleh tahan boleh tahan :')

Lepas tu lepas tu, alah malas pulak aku nak cite semua benda yang aku naik, nak tulis sampai aku 40 tahun pon tak siap. Aku list kan saja lah yang mana yang best mana yang tidak. Hah, nah ambik lah kau....

* Space shot! Wee aku suka-suka, ada gambar aku tengah menjerit, mak aku beli :) Eh jap, sebenarnya aku naik benda ni dua kali ahh. Satu masa naik ngan kakak aku lagi satu masa petang, naik ngan mak ayah aku. Abang aku not inserted sebab sebok dengan geng sekolah dia.

* Cork screw Roller Coaster! Benda ni pon aku naik dua kali gak! Lagi satu malam-malam. Perghhh, kabus dia memang sejuk je! Tergetar-getar aku hehe.

*Buaian-buaian * heheh aku tak tahulah apa nama dia tapi benda ni lahh.

Korang percaya tak kalau aku cakap aku naik benda ni 3 kali? Dua masa siang, satu masa malam. Best main benda ni, tak takut ponnn :p Aku tabah! Haha

*Flying coaster! Eee, bapak benci doe naik benda ni, dah lah kena diri tertonggek-tonggek. Aku kan pendek so tak sampai dekat tangga dia, so bila benda tu tengah shuuu, kaki aku pon melayang jelah. Sakit dia ermm tak payah tahu lahh -.- Kakak aku terpegang darah kot dekat depan penutup dia, eee geli-geli! Mesti ada gigi orang darah sebab benda tu kena tekan sikit kat dagu. Cisss, malas betul aku naik benda ni :p

Hah yang lain-lain apa tah, aku tak berapa nak ingat. Main masa malam memang best! Tapi nak main semua memang tak sempat. Aku menyesal lah tak main Go-Kart! Huuu, nak main! Dah nak tutup nak buat cam mana kan? Kenalah tabahkan hati haha. Aku tak tangkap gambar banyak sangat kat theme park, tak de camera tak so tak de semangat nak tangkap gambar. Camera lagi 4 minggu untuk siap dibaiki haishhh.


Satu je gambar, ada lagi sebanarnya tapi malas lahh nak upload. Penat kau tau penat? Overall, memang aku sayangg Genting Highland! Terima kasih Malaysia kerana menempatkan Genting di Malaysia!!! Eh, amenada aku merepek ni? Aku tak tahu~~~ Aku nak pergi lagi lah.Pergi 2 hari 1 malam mana nak puas kan? Hehe, tapi tak pelah, asalkan dapat cuti ;) Dah lah bye lah, sakit lengan aku nak menaip. Jari yang menaip, lengan pulak yang sakit, Haha yelah aku pelik :p

Byeeee!

1 comment:

  1. Wow !
    bestnya Liyana pegi Genting ~! hehe
    cute je gmbr liyana :)

    ReplyDelete