This is Liyana's talk

Tuesday, December 7, 2010

Should I?

Korang korang korang! Patutkah aku bersenam?
Ya bagus! Soalan paling bodoh! Mestilah kenakan?
Lagi satu! Patutkah aku kurangkan pemakanan aku?
Ohh, semestinya tidakkk... Aku tak bersedia lagi hehehe

Mengapa aku tanya begini ya?
Aku sekarang banyak beli buku novel berkenaan diet, tak banyak ponn, baru dua :p hehe, baca punya baca, aku takut aku jadi gemuk ahh. Mungkin sekarang aku makan banyak tak gemuk2, tapi bila aku dah dewasa nanti macam mana? Mesti gemuk macam belon kan? Ohh, ngerinya!
Tapi macam mana pulak dengan nafsu makan aku ni? Huhu, sesungguhnya aku memang kuat makan ya.

Semalam, aku makan banyak gila! Ini menunya :

1. Kuew Tiaw dua mangkuk
2. Kat rumah Tok, nasi + ayam golek + ikan masin + kari ikan
3. Apple pie
4. Keropok ikan + kopi
5. Kuew Tiaw lagi!
6. Malam minum susu* tak pe menyihatkan :)

Haih, dah macam melantak je! Aisehh, manalahh aku boleh tolak makanan sedap2 ni. Makan tak ke sudahnya! Akibatnya, malam semalam aku menderita sakit perut di kala semua orang tengah syiok tidur. Tak pernah dalam hidup aku, aku sakit perut sebegitu rasanya! Perut aku tegang semacam tambah dengan pelbagai bunyi kentut aku sebarkan. Ish ish =.= Sakit jantung gamaknya kalau orang dengar.

Rumah dah ada Tread Mill dah, tunggu aku nak berjoging je kihkih. Malas dehh! Aku lebih prefer tengok TV baring pelbagai gaya hehe. Duhh, tak senonoh! Nak senang, aku buat senaman lima minit je iaitu regangkan badan, lari naik atas tangga. Haa, dah berapa kalori bakar tuu? Bagus bagus, itulah yang aku nak buat! Haha, nak join? Mana tahu korang dapat badan yang diidam-idamkan seperti Tyra Banks, woohoo :D

Korang korang, tengok gambar ni!

Kesian orang ni, nak masuk kereta pon tak muat haha
Hah, best ke badan macam tuu? haha

Okay, bye-bye!

No comments:

Post a Comment