
Yayyyy! *Bermaksud kita akan ber-cutiii! Sorry, aku lama gila tak update kan? Aahh memang lama pon. Periksa lah matchai! Exam ku baik-baik sahaja. Tak terok dan terlalu hebat. Kita hidup perlu bersederhana ya anak-anak. I get 83% for Sejarah. Asyik-asyik markah ni je yang menghadap muka aku. Tahun lepas periksa-periksa yg sebelumnya ada jugak nombor bertuah ni. Ni main nombor ekor, sure beribu aku dapat :p
Korang nak tahuuuu tak? Aku sekarang minat gila main bola. Semua ni aku berterima kasih kepada Zarul, Ikhwan, Khalif, Syed, Haziq yang sudi main dengan aku ngan Nadiah. Walaupun kitorang main pakai baju kurung tapi tetap bestt doh! Main kat belakang kelas menggunakan sebiji bola kertas tapi bila hari khamis je pakai bola yang real. Itu pon Afif yang punya. Hee, lepas cuti jom kita main lagiiii! Apa haa, korang pandang rendah kat aku? Pigidahhhh. Aku power you know, cuma tadi masa turn aku jaga goal, aku tergolek hehehe. Maklumlah, kelas aku licin dan blink-blink. Dehh, jangan gelaklah, at least aku tak nangis, cuma gelak-gelak riang nak bagi cover haha. Segal.

Hahh ada satu cite ni. Gempak. Kitorang merujuk kepada aku, nadiah, attylea dan juga aliya bercadang untuk buat satu business kecil-kecilan. Kecik je tak besar pon. Angan-angan je besar haram kejadah. Jeng jeng, kiotrang buat business jual cupcake je, tak delah hebat mana. Lainlah kalau aku jual insurans kan? Haha bengong. Disebabkan kegawatan ekonomi yang kitorang lalui ni, terpaksalah dengan relanya hati kita kena work out sikit nak dapat duit. Ada suami pon tak de guna, kau pergi cari perempuan lain yaa? Lelaki dayus kau! Haha. Dengan harapan yang setinggi-tinggi atap bumbung rumah aku, haraplah plan ni menjadi. Jangan jadi hot hot chicken pulak ya. Lagi, kalau boleh aku nak business ni tersebar luas sikit. Macam gambar kat bawah ni haa., semua species, alam, jenis manusia, agama dan bangsa pon boleh try beli. Ditanggung halal.


Cuti ni mungkin aku post banyak sikit. So, nantikan post yang akan datang :)
Good-by, till we meet again
No comments:
Post a Comment