This is Liyana's talk

Tuesday, February 1, 2011

Which one?

Hmm aku sedang berfikir ni. Boleh korang tolong aku fikir sekali? Begini citenya... Aku tengah fikir nak present apa untuk birthday aku. Yaa, aku tahu lama lagi, tapi bagus jugak fikir awal-awal kan? Tak delah terburu-buru nanti :p Hmmh begini, aku dah ada dua calon hadiah tapi aku tak tahu nak yang mana.

NERF OR LOMO ?

Sesiapa yang tak tahu apa itu Nerf atau Lomo? Meh sini, aku terangkan. Kita mulakan dengan Nerf.

Nerf ni macam sejenis permainan tembak-tembak lah. Aku obsessed sikit ngan benda-benda army ni so harap maklum. Nerf ni kira macam blasters lah. Entah, aku tak tahu nak terangkan macam mana, tengok gambar je lah ya.

Kalau color dia macam hijau-hijau army lagi lawa, boleh berangan macam sniper sikit hehe. Jap, aku rasa macam Nerf ni ada tempat zoom in je. Kalau korang tengok betul-betul yang kat atas tu macam ada benda panjang tu. Hmm yelah kot. Kalau ada laser macam M4 Red Dot Sight sniper lagi best woo! Boleh main masa malam. Sekarang kita tengok pulak lagat nak main nya macam mana.

Persoalan yang sedang pusing-pusing dalam kepala aku, larat ke aku angkat benda ni? Dengan bullets nya lagi, ahh lagi satu aku nak Nerf yang ada banyak sikit bullets, baru puas main. Setakat 3 peluru, baik tak payah :p Keburukan Nerf ni pulak, kalau aku beli pon, aku main sorang-sorang, mana nak best kan? Hah, cuba korang fikir.

Hah okay now, Lomo pulak. Adehh penat lahh -.- Dah lah baru balik tuisyen dengan tak tukar bajunya lagi, solat pon belum lagi. Ish ish ish == Tak pe tak pe, demi korang aku sanggup tulis hehehe :p So kepada yang tak tahu Lomo tu apa, lihatlah gambar di bawah ini.

Aku suka benda ni sebab kalau tangkap gambar, gambar dia lawa. Fish eye macam tu lah. Tapi aku tak tahulah harga dia berapa. RM 200 RM 300? Bajet aku RM 100 je, kalau lebih tu, mungkin ayah aku tak nak belikan hehehe. Jadi apa motif aku tulis benda ni kalau aku tak beli? Tak pe, aku akan search lagi kat mana yang jual murah-murah. Macam ada :p

Macam ni lah hasil gambar dia. Lawa kan? Haa dah, korang jangan menggatal tengok orang dalam ni, aku main search je. Bayangkan je dalam gambar tu aku ehehe.

So cenggitulah cite dia, cite angan-angan je ni, tak usah kau hirau haha. Dah aku penat gila ni! Bye-bye :)

No comments:

Post a Comment