This is Liyana's talk

Saturday, May 21, 2011

Logitech

Aku dah kebuntuan nak tulis title apa jadi aku ambik lah nama brand speaker pc aku ni. Kreatif kan aku? Puji lah sikit haha :p Terkejut tak tengok tetibe aku post something? Well, aku tengok banyak blog dah maju, aku rasa dengki pulak haha. Yelah kan, blog aku dah lah 38 followers je ;( Who am i to say? Lol joking, aku tak kisah pon. Lantaklah nak berapa follower kan, tak bawak masuk kubur ponnn.

Sepatutnya lah kann, i suppose to studying right now but tengoklah apa aku buattt... heheheww aku malas lah derr. Kau tak kesian ke kat aku? Hmm, tak pelah kau tak paham. Bajet emo jap r haha ok gedik. Wehh, aku nak edit blog lah! Dah bosan tahap dewa aku tengok corak ni == Dah lah berhabuk, bau bangkai dah aku tengok blog ni. Perghh, baik aku delete je kan. Memang ahh nak edit tapi internet ni dia bergurau senda pulak pada malam hari. Lembap bagai siput nazak gua cakap lu -____- Bikin panas lah. Orang yang aku berharap untuk online tak online pulak. Memang ahh sedih. Kau pergi mana doh satu hari tak nampak kau online? Busy ngan awek lah tu. Tak pe tak pe, aku faham.

Ilapyounikon

Friday, May 20, 2011

hi aku hidup lagi

Lama nya aku tak update blog, aku dah lupa mana jalan nak pegi sini. Ok, lawak. Banyak cite aku nak cite tapi disebabkan banyak sangat aku lupa apa nak cite. *Ciri-ciri orang mati awal hahaha. Kay, bulan 5 tau-tau jelah bulan berperang. Maksud aku exam lah bodoh haha :p Belajar malam sebelum exam memang trademark hidup aku dan aku takkan pernah terdetik pon nak ubah. Lagi 3 hari nak habis exam and yeshh holiday, mama comin' to youuuu. Jap jap, seblum cuti ada hari guru hehe, kitew buat persembahan tauu. Tepuk lah sikit. Tak delah nak gebang sangat, dikir barat je haha apa kau pandang hina? Nak kena rejam? Orang tradisional tau kelas aku ni haha.

Aku kann dah ada crush baru! Baru 3 bulan je aku suka dia tapi kira hebat lah kan? Huahuahaua, kepala kau lahh. Nama dia Nikon bin Dollah, ambik pmr tahun ni, orangnya hensemmm. Kalah bapak aku. Hihi. Aku nak try suka dia for 1 year boleh? Boleh lahh, boleh eh boleh eh? Biarlah kiteww ngada-ngada jap, awakzz ni haha bahasa rempit style apa kann? Unik. Oklah, menyampah pulak cakap pasal dia lama-lama, malu tauu. Haha :p

Aku tak tahu nak story apa lah derr, bosan je kisah hidup aku ni. Bye lahh.

Tuesday, March 15, 2011

Happy birthday to me :p

Thanks all for the wishes. Either in Facebook, phone, face to face and all. I love you. Nah, i give you guys a sandwich. Makanlah :)


Monday, March 14, 2011

Johor

Ni aku nak cakap sikit, sebenarnya aku jadi pergi Johor hehe. Keputusan last minute dikatakan :p Aku nak masukkan gambar, tapi malas dehh. Nanti-nanti lah ye? Hahh, masa aku balik tu kann, aku nampak satu accident lori ni! First time wehh, terbaik je aku cakap. Tapi mengapa aku tak rasa trauma? Sebab aku kuatttt, eleh baru nampak sikit je. Tapi yang best nya, kitaorang tak tahu apa sebab accident ni? Cuma satu lori je yang kena, tayar meletup lah tuu. Orang dalam lori tuu, kau selamat ke haa?

Friday, March 11, 2011

PRAYERS FOR JAPAN

Let's just pray for them.

Thursday, March 10, 2011

Holy day


Yayyyy! *Bermaksud kita akan ber-cutiii! Sorry, aku lama gila tak update kan? Aahh memang lama pon. Periksa lah matchai! Exam ku baik-baik sahaja. Tak terok dan terlalu hebat. Kita hidup perlu bersederhana ya anak-anak. I get 83% for Sejarah. Asyik-asyik markah ni je yang menghadap muka aku. Tahun lepas periksa-periksa yg sebelumnya ada jugak nombor bertuah ni. Ni main nombor ekor, sure beribu aku dapat :p

Korang nak tahuuuu tak? Aku sekarang minat gila main bola. Semua ni aku berterima kasih kepada Zarul, Ikhwan, Khalif, Syed, Haziq yang sudi main dengan aku ngan Nadiah. Walaupun kitorang main pakai baju kurung tapi tetap bestt doh! Main kat belakang kelas menggunakan sebiji bola kertas tapi bila hari khamis je pakai bola yang real. Itu pon Afif yang punya. Hee, lepas cuti jom kita main lagiiii! Apa haa, korang pandang rendah kat aku? Pigidahhhh. Aku power you know, cuma tadi masa turn aku jaga goal, aku tergolek hehehe. Maklumlah, kelas aku licin dan blink-blink. Dehh, jangan gelaklah, at least aku tak nangis, cuma gelak-gelak riang nak bagi cover haha. Segal.


Hahh ada satu cite ni. Gempak. Kitorang merujuk kepada aku, nadiah, attylea dan juga aliya bercadang untuk buat satu business kecil-kecilan. Kecik je tak besar pon. Angan-angan je besar haram kejadah. Jeng jeng, kiotrang buat business jual cupcake je, tak delah hebat mana. Lainlah kalau aku jual insurans kan? Haha bengong. Disebabkan kegawatan ekonomi yang kitorang lalui ni, terpaksalah dengan relanya hati kita kena work out sikit nak dapat duit. Ada suami pon tak de guna, kau pergi cari perempuan lain yaa? Lelaki dayus kau! Haha. Dengan harapan yang setinggi-tinggi atap bumbung rumah aku, haraplah plan ni menjadi. Jangan jadi hot hot chicken pulak ya. Lagi, kalau boleh aku nak business ni tersebar luas sikit. Macam gambar kat bawah ni haa., semua species, alam, jenis manusia, agama dan bangsa pon boleh try beli. Ditanggung halal.

Anjing ni kalau korang nak tahu, kaya sebenarnya. Kau tengok je tuan-tuan dia, duit semua prghh macam air di tanki. Nanti kayalah aku ya hehe eh bukan aku. KITA ORANG ohok ohok :p


Hahh cuba kau tengok, comel kann? Mesti sedap lah aku cakap. Ya aku tahu ini bukan cupcake tapi bila aku punya business dah maju, buatlah kek pula ya aliya? Nanti cuti, aku try lah buat apa yang patut. Oh ya, aku nak buat logo cupcake kitaorang! Theme kami classic vintage ya. Ingat tuu. Lagipon, cuti ni aku tak pergi mana-mana pon. Patutnya, hari ni aku dah pergi Johor tau bercuti. Itu pon kalau abg aku ada, kita pergi Universal Studios kat Singapore. Tapi semua last minute cancel, ayah aku demam terok kot. Ini pon ayah aku dah ponteng kerja 3 hari. Amboih, naughty eh? Haha :p

Cuti ni mungkin aku post banyak sikit. So, nantikan post yang akan datang :)
Good-by, till we meet again

Saturday, February 19, 2011

Sambutan Malidur Rasul :)

Hoi manusia! Kalau kau bukan orang, jangan jawab. Ohok ohok. So hari ni, sekolah aku buat Sambutan Maulidur Rasul. Apa yang aku nak komen ialah tahun ni punya lebih best dari tahun lepas. Tahun ni lebih teurus kannn? I like. Meh sini aku letak gambar, kalau aku cite memanjang je bosan pulak kan? Ohh btw, aku tak de camera kan? So dengan tak tahu malunya, aku jadi photographer of the day menggunakan camera Aliya yang disayangi ramai :P

Masa ni tengah edarkan kertas selawat kot? Kalau bosan, apalagi snap lah! Heheh
Contohi saya ya anak-anak :')

Syakif ni kan aku rasa ada potensi besar untuk menggantikan Maher Zain. Haa boleh boleh?

Uztaz Kamil terbaik! Penceramah yang aku sangat kagumi. Kelakar memang kelakar, rugi siapa tak datang. Haha padan muka :p

Tengok kakak aku bagi ceramah! :D

Eh korang korang, jangan lupa tau. Hari isnin hari minggu depan ada pelantikan cleaner SEMESTI. Do the best, xx Liyana

Haa tu jelah kan? Ada aku tertinggal apa-apa? Aku ni nyanyuk, harap maklum. Nah tengok ni aku edit. Nak letak kat facebook tapi fb ni menggedik pulak nak error. Dah lah muka aku tengah cun. Bigai betul -.-


Wassalam :)

Friday, February 18, 2011

Skate Art Photography

Yo what's up hommies! Currently now i'm addicted to skate photography. Something you will see like this :

Yang last ni aku suka. Aku tak letak banyak sangat pon. Kalau korang rasa tak puas dan nak lagi, check out at my Tumblr. Memang banyak haha :p Aku tak pandai pon skate, setakat meluncur straight tu memang semua orang pon reti lah nyet. Tapi kann, mesti pelik orang bertudung main skate. Korang tak rasa pelik ke? Haha gila. Tadi aku tengok video skate ni, agak susah lah. Nak seimbang tu macam agak goyah sikit. Yang aku tahu nama trick dia ollie, heel flip eh dia panggil? Hah mana aku tahu! Dulu aku pakat guna kasut roda je, tapi best! Entah sekarang ke manalah kau pegi eh kasut roda oih?

Aku tak skate pon, aku nak jadi photographer for skate hehe. Art lah weh, jangan kau hina aku! Haha, hotstuff ramai pulak. Peewittt.

Monday, February 14, 2011

Happy Birthday

Happy 14th Birthday dear. Have a blast!
8 years and still counting. Lama kan kita berkawan? Hehe

Your best bud forever and always (:

Salam Maulidur Rasul, Kelahiran yang Istimewa




Saturday, February 12, 2011

It's okay

Never mind if you're a geek. I still like you no matter what and how . Nah, here it goes. I just gave you a sincerely smile that I've never been doing that for such a long time (:

And he replies(just my imagination) : Shut up bitch. Who likes you tho?

I know, I'm not wanted. I realized that for a long time ago (':

Friday, February 11, 2011

How old were you when you had your first relationship?
I've never been in any relationship. *kesian :')

Are you taken/single?
Forever single.

How old were you when you had your first kiss?
I'm a good girl. Kiss is crime.

What color is your underwear?
You don't need to know :p

Do you like anyone right now?
Hell yes :8)

Ever had your heartbroken?
Everytime.

Miss anyone right now?
Yeah

Who was the last person you sent a text to?
Aliya or Nadiah. I don't remember.

Last person to text you?
Same answer like up there.

Last person you saw?
My sister

What was the last thing you said to someone?
"kakak, ayah suruh call balik"

Who is top in your top friends?
Idk

Why?
Shut up.

Who do you trust the most in your life?
Myself

Who do you love most?
ALLAH S.W.T

Ever been in love?
Many time.

Who has hurt you the most?
Bayan!

Has a tragedy ever happened in your life?
yes kot.

Are you happy?

Am i supposed to be happy?

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi malas dehh ==

Loves hard. No doubt.

"He ignores you, but you like him. He does nothing, but you fall for him. You miss him, even though you know he’s never thought about you."


Aliya, Attylea. This describes us a lot :')

Saturday, February 5, 2011

Sweetness never suits me.



Hai koranggg. Aku tetibe je rasa macam ada kekuatan nak tulis. So hari ni aku nak menggedik cakap pasal aku jap. Eh, bukan setiap post ada kena mengena pasal aku ke? Hehe, pigidahhh == Aku nak cakap pasal tajuk kat atas tu lah. Haihh *ambik mood jap. Korang rasa aku ni tomboy ke? HAA SOALAN APA TUUUU? Hee alah bukan apa pon, tapi aku rasa macam antara aku ngan kawan-kawan aku, aku je yang macam pelik sikit. Taste kitorang tak sama. Diorang lebih kepada girlish thingy, aku? Airforce, video games, snipers, soldier, zombies and others. Hahhh teror kan aku? Hahhahaha. Bigaiii. Lagi, aku tak pernah nak suka mempunyai rambut yang panjang. Panjang sikit pon, aku ajak mak aku pegi potong rambut. Banyak kesusahan yang perlu dialami bila rambut panjang ni. Cantik memang cantik tapi panas, leceh, nak pakai tudung pon rambut mesti terkeluar-keluar. Hee itulah pendapat aku. Jangan tindas aku kalau korang fikir aku macam memerli! Tak, bukan macam tu :')

Kalau korang tengok gaya aku pon macam alahai selekehnya --" Hahh, antara sebab aku selekeh ialah aku tak de bajet *semestinya, aku tak reti nak match match, lagi aku tak suka bergaya sebab menyusahkan! Tapi aku suka gaya-gaya macam nii. Nah korang tengok lahh.

Lawa kan? Cuba korang bayangkan aku pakai macam tu.Lilit sana, lilit situ, last-last jadi macam mayat :p Heheh. Pakai selendang macam tu buat aku malu lahh, aku baru 14, nak menggedik bergaya pulak. Aku sepak kang. Kalau korang nak tahu kannn, lelaki tak suka perempuan pakai macam ni. Lemas kata mereka. Tapi lantaklah, aku suka je tengok diorang pakai macam ni :) Eh korang jangan fikir aku ni suka snipers and all, aku tak suka fashion ya. Dulu aku suka lukis pelbagai gaya baju dengan model-model nya sekali. Tapi buruk pon, gaya tu macam aku dah pernah tengok sebelum ni haha berehh. Hmmh. Apa lagi eh? Entah, aku pon tak tau. Eee, aku tak suka lah! Bila last-last post, mesti aku blank nak tulis apa ==

Thursday, February 3, 2011

農曆新年快樂

Rasanya belum terlambat lagi kan untuk aku mengucapkan Gong Xi Fa Cai untuk semua rakyat-rakyat Chinese sekalian hehe. Sebenarnya kann, aku tak de pon kawan cina. Yang lama-lama masa darjah 6 dulu adalah. Ng Kai Jun, Carmen ngan Lawrence. Tapi sekarang satu pon tak de. Sebabnya kelas aku tak de chinese -.- Hee apa-apa pon Happy Chinese New Year to my old chinese friends ;)

Wednesday, February 2, 2011

Haiiii.

Sebenarnya aku bosan tahap mega ni. Kalau thermometer dah sampai 100 degree, macam tu lah tahap perasaan bosan aku. Post kali ni random je, tak de motif pon aku tulis. Jap aku fikir nak tulis apa jap....

I'll be back *thinking mode


Hmmmh, tak tahu nape, tapi hari ni macam rasa down gila. Mcam-macam lah perasaan aku. Gila excited ada, rasa macam orang bodoh ada, rasa kusut pon ada! Kalau buat tom yam memang lazattt :9 Kenapa begitu ya? Aku rasa macam aku ni world's biggest loser. Sesiapa yang tak tahu orang paling loser dalam dunia ni, aku lah orang tuu. Korang tak payah susah-susah cari serata dunia, yang tengah menulis ni lah orang yang anda cari. Bila aku rasa excited, mula lah aku bersikap bodoh dan tolol. Mcam tadi, aku excited gila terima notifications dari dia, then poosh! Jadi bengong je perangai aku. Mesti dia ingat aku ni dork, freak, weirdo, gediks, fake dan sewaktu dengannya :p Hidup aku ni menyedihkan, kalau aku cite kat korang, gerenti air mata korang cukup 10 baldi.

Whatever it is, i still lovin' my life. Cause i'm not any kind of person that doesn't appreciate their life. At least, I have friends and family that love me so much (:

Tuesday, February 1, 2011

WANT.

Korangggggg! Tolong aku! Aku memang teringin gila nak main game ni! I want to play it so bad! Main sekali dalam hidup pon kira okaylah, asalkan aku dapat main. Mungkin korang yang lain fikir 'relax lah dude, it's just a game with zombies, who cares?'. Tapi aku tak fikir macam tu! Perasaan aku memang meronta-ronta suruh aku main game ni. Game ni kena guna PS3 or XBOX, cuba korang terngkan macam mana aku nak main kalau aku tak de benda alah ni? Huihh, kalau ada yang boleh download dalam PC, memang aku takkan pernah nak lepaskan peluang nak main! Kalau aku nak main pon, kena tunggu next year. Kalau aku dapat results bagus, Insyaallah, aku nak suruh ayah aku belikan XBOX ataupun PS4 yang mungkin akan release this year (bak kata Aliya). Nah korang tengok lah video dia, memang terbaik lah aku cakap! Malas nak tengok? Korang memang tak memahami -_______-


Hah syiok tak? Yang coming soon akhir-akhir tu kau hiraukan jelah. Dia dah keluar lama dah, aku je yang lopek tak main lagi, hik hik.